Trending
  1. APA ITU KELAS BISTARI?
  2. SUASANA PEPERIKSAAN DI MYBISTARI GROUP
  3. PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA & LEGO 2024
  4. HAVE FUN KIDS!!
  5. KERIUHAN PASAR MYBISTARI
  6. SERUAN HAJI 2024
  7. HEALING TIME!!
  8. IBU BAPA HEBAT!!
  9. SUASANA HARI RAYA 2024
  10. SESI PRATADIKA BERMULA
  11. SESI PRATADIKA BERMULA
  12. KENANGAN TERPAHAT DIHATI
  13. CHEF CILIK BERAKSI!!
  14. TAJAMKAN MINDA,TERANGKAN HATI
  15. USAHA TANGGA KEJAYAAN!!
  16. MURID BERCUTI, GURU BERAKTIVITI
  17. TADIKA HEBAT ILMU UNGGUL KATEGORI RIBU
  18. KERIUHAN PASAR MYBISTARI
  19. UJIAN PENILAIAN SEMESTER 2
  20. COMEBACK AFTER 3 YEARS!!
  21. MY PET
  22. CITA-CITA KAMI SUATU HARI NANTI!!
  23. DEMAM PANGGUNG
  24. PERLAKUAN SELAMAT DI JALAN RAYA (PKJR)
  25. MINGGU MAULID DI MYBISTARI
  26. MEMORIES TO REMEMBER
  27. WASPADA BUDAYA KITA
  28. EASY MATH WITH UTEM STUDENT
  29. PUPPET HAIWAN
  30. APA ITU MURID BERKEPERLUAN KHAS?
  31. TARIKAN BARU DI JOHOR!!
  32. HEALING TIME!!
  33. ENJOY YOUR DAY!!
  34. LEVEL UP!!
  35. SERUAN HAJI KEMBALI LAGI!!
  36. TITIK BERMULANYA KEJAYAAN
  37. ABADIKAN KENANGAN SEM 1~2023
  38. JELAJAH ILMU DITERUSKAN!!
  39. SEMANGAT BARU!! AZAM BARU!!
  40. ILMU YANG BERMANFAAT DIKONGSI BERSAMA
  41. PENGEMBARAAN PRATADIKA BERMULA!!
  42. MYBISTARI GROUP BERKAH MELIMPAH
  43. KALAM AKHIR 2022!!
  44. FOKUS MINDA DAN JARI!!
  45. HARI PEMAKAIAN KOSTUM PEKERJAAN!!
  46. MARKET DAY 2022!!
  47. COMEBACK AFTER 2 YEARS!! (PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA & LEGO 2022)
  48. HARI TERBUKA SEMESTER 1 2022!!
  49. MAJLIS APREASIASI K1 (TAHNIAH ANAK-ANAK HEBAT!!)
  50. HERE WE GO!! TRIP LAWATAN K1
  51. KETERUJAAN SELEPAS 2 TAHUN PANDEMIK!!
  52. SURVEY TEMPAT LAWATAN K1!!
  53. LETS BEGIN 2022!!
  54. PECUTAN AKHIR 2021
  55. KAMI MENYAHUT PANGGILAN MU, YA ALLAH
  56. HARI GRADUASI VIRTUAL MYBISTARI GROUP
  57. KECIL-KECIL CILI API
  58. ANAK ISTIMEWA BUAT IBU BAPA YANG ISTIMEWA
  59. HEBATNYA MEREKA BERCERITA!
  60. MARI BERSUA DI ALAM MAYA.
  61. RINDU YANG TAK TERUNGKAP
  62. SESI BARU, SEKOLAH BARU!
  63. KENANGAN MENGUSIK JIWA
  64. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SESI 2021 KAMI MULAKAN.
  65. PKPB DILANJUTKAN - THROWBACK AWAL SEMESTER 2020
  66. LETS BUCKLE UP FOR 2021
  67. JOM LIKE PAGE KAMI!
  68. THROWBACK PERTANDINGAN SEMPOA, CONGAK DAN SPEED CUPS
  69. BILA KAMI BESAR NANTI
  70. SENYUM SEINDAH SURIA
  71. LAMBAIAN KAABAH YANG DIRINDUI
  72. PERMULAAN NORMA BARU K2
  73. DRIVE THRU MCBISTARI
  74. NORMA BARU SEMESTER 2 2020
  75. JANGAN JADIKAN INI RAMADHAN TERAKHIR KAMI, YA ALLAH
  76. MOGA KEMENANGAN MILIK KITA
  77. WE LOVE OUR TADIKA
  78. PERJALANAN KAMI TERUSKAN
  79. JAUH TAPI DEKAT DI HATI
  80. WE ARE ONE BIG FAMILY.
  81. LAWATAN K2 KE SINARAN AGROFARM
  82. EH, AIR BOLEH BERJALANLAH!
  83. SENYUM JANGAN TAK SENYUM!
  84. JOM LOMPAT KOLAM!
  85. JOM LATIH SENYUM DEPAN KAMERA!
  86. 2020, DIMULAKAN DENGAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
  87. IBU, AYAH! KAMI SUDAH MULA SEKOLAH!
  88. MARI KITA BERSUA MUKA
  89. MENUJU KE AKHIR GARISAN
  90. WAH, HEBATNYA KAMU!
  91. YANG PENTING USAHA!!
  92. KAMI YAKIN BOLEH!
  93. KAMI MENYAHUT PANGGILANMU YA ALLAH
  94. 2019 PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA DAN LEGO
  95. LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK
  96. PERTANDINGAN UJI MINDA, KAMI DAH SEDIA NI!
  97. SAY CHEESE!!
  98. SATU.. DUA.. SENYUM!!
  99. BALIK KAMPUNG
  100. HELLO, HELLO KITTY! KITA BERJUMPA LAGI!
  101. GELOMBANG KEDUA KODOMO LION
  102. SINGA MULA MENGAUM DI TADIKA KAMI
  103. WOW, CANTIKNYA LAYANG-LAYANG!
  104. JOM KITA JALAN-JALAN
  105. LAWATAN K2 KE MCM STUDIO
  106. ABADIKAN KENANGAN SEMESTER 1 2019
  107. SESI PENERANGAN BACALAH ANAKKU DAN SEMPOA 2019
  108. CEPAT, LARI SELAMATKAN DIRI!!
  109. SESI 2019 BERMULA
  110. PRA TADIKA 2019
  111. DI SINI MEMORI TERCIPTA
  112. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SELAMAT DATANG KE MyBISTARI GROUP

APA ITU KELAS BISTARI?

Bismillahirrahmanirrahim

Kelas Bistari adalah salah satu keistimewaan yang ada di MyBistari Group.  Kelas Bistari diwujudkan untuk menggarap potensi yang ada pada anak-anak dan merangsang anak-anak supaya lebih kreatif serta berketerampilan. Selain itu, kelas bistari juga merupakan persediaan maksimum untuk anak-anak memasuki darjah 1. Silibus yang digunakan mengikut tahap kebolehan anak-anak.

Justeru, kami di MyBistari Group telah mengadakan program penerangan kelas bistari khas untuk ibu ayah yang anak-anaknya terpilih untuk memasuki ke kelas bistari pada semester kedua nanti. Program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat dan penerangan tentang keistimewaan kelas bistari berbanding kelas normal. Jadi dengan info-info yang diterangkan di dalam program ini dapat membuka mata ibu ayah untuk anak sertai kelas bistari. Bukan sekadar hanya mendengar persepsi dari orang luar tentang kelas bistari ini.

Untuk bacaan seterusnya sila klik DI SINI

MORE

SUASANA PEPERIKSAAN DI MYBISTARI GROUP

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan semester 1 bagi sesi 2024 yang telah dijalankan selama 4 hari bermula pada 14hb Ogos 2024. Inilah masanya untuk anak-anak menunjukkan hasil pemahaman daripada pengajaran yang diajar oleh guru-guru selama 1 semester ini.
 
Pengalaman baru untuk anak-anak 5 tahun yang pertama kali menduduki peperiksaan. Macam-macam ragam anak-anak pada hari pertama menduduki peperiksaan. Ada yang cuba meminta jawapan dari guru bertugas, ada yang termenung panjang, ada yang berborak dengan kawan, ada yang menangis dan bermacam-macam lagi ragam anak-anak 5 tahun.
 
Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI
MORE

PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA & LEGO 2024

Bismillahirrahmanirahim

Program kedua MyBistari Group selepas program Simulasi Haji Cilik pada tahun ini iaitu Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego. Program ini telah dilaksanakan pada 27hb Julai 2024, Sabtu di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudnag. Seramai 141 orang murid yang mengambil bahagian di dalam program pada kali ini. Seramai 48 orang murid 6 tahun yang menyertai pertandingan uji minda, 50 orang murid 5 tahun yang menyertai pertandingan rekacipta lego, 8 orang murid pertandingan bercerita yang terdiri daripada 7 orang murid 5 tahun dan seorang dari murid 6 tahun dan seramai 35 orang murid membuat persembahan selingan program.
 
Kebiasaannya program ini kami laksanakan pada semester kedua, disebabkan jadual yang terlalu padat kami terpaksa mempercepatkan program ini pada semester 1. Alhamdulillah, walaupun sesi persekolahan anak-anak baru sahaja memasuki 4 bulan, anak-anak hebat kami tetap berikan yang terbaik untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Begitu juga dengan bercerita anak-anak tetap memberikan yang terbaik.
 
Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI
MORE

HAVE FUN KIDS!!

Bismillahirrahmanirrahim

Tiga tahun berturut-turut kami telah mengadakan lawatan ke Fanpekka dan Taman Rekreasi Adda Height, berbeza untuk tahun ini kami memberi suasana baru untuk anak-anak terokai. Lawatan pada tahun ini kami telah membawa seramai 166 orang murid K1 ke Laman Tasik Pandan dan Kidz Republic Komtar JBCC.

Alhamdulillah, lawatan ini berjalan lancar dan anak-anak sangat teruja dan seronok melakukan aktiviti bersama guru dan kawan-kawannya. 

Seawal pagi anak-anak telah berkumpul di tadika untuk menaiki bas ke lokasi lawatan pada tahun ini.

Lokasi pertama anak-anak dibawa ke Laman Tasik Pandan untuk aktiviti riadah dan bersarapan.

Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI

MORE

KERIUHAN PASAR MYBISTARI

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah selesai sudah program market day bagi sesi 2024 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 23hb Jun 2024, Ahad. Program ini telah diadakan serentak di semua tadika-tadika MyBistari Group. 

Pada tahun ini, saya berkesempatan untuk ziarah 2 tadika kami di Kota Masai iaitu Tadika Hebat Ilmu dan Tadika Hebat Jaya. Suasana sangat meriah sepanjang market day ini dijalankan. Pelbagai gerai jualan yang ada seperti gerai barangan runcit, gerai makanan, gerai minuman dan juga gerai alat tulis.

Riuh rendah tadika dengan suara anak-anak berjual beli. Maaf ya jiran-jiran tadika sekiranya kami mengganggu ketenteraman selama beberapa jam ini. Hihihi

Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI

MORE

SERUAN HAJI 2024

Bismillahirrahmanirrahim

'Ala kulli haal, selesai sudah program yang dinanti-nantikan setiap tahun iaitu Program Simulasi Haji Cilik yang telah dijalankan pada 9hb Jun 2024, Ahad lepas. Program ini pembuka tirai program-program besar MyBistari pada tahun ini.
 
Seramai 232 orang murid 6 tahun dari 8 cawangan kami yang sertai program simulasi haji cilik pada tahun ini. Alhamdulillah penyertaan yang paling ramai pada tahun sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2015.
 
"Malam tadi anak saya mimpi pergi haji, hari ini realiti".
Begitulah komen salah seorang ibu di dalam siaran langsung tiktok kami. Terharu saya dengan komen tersebut. Walaupun sekadar simulasi sahaja tetapi impak yang besar untuk anak-anak tentang ibadah haji ini.
 
Untuk bacaan selanjutnya klik link DI SINI
MORE

HEALING TIME!!

 Bismillahirrahmanirrahim

"5.30 dah bangun siap mandi, takut tertinggal bas punya pasal"

"Dah siap cikgu, tinggal nak ke sekolah je ni"

"Ibu-ibu yang tak lena tidur..Tapi bagus eh tahu nak berjalan kejut sekali je dah sedar. Semoga dipermudahkan untuk cikgu-cikgu melayani ragam anak-anak ya."

Riuh whatsapp group pagi-pagi dengan deretan chat yang masuk dari ibu-ibu. Hihihi

Bukan anak sahaja yang tidak lena tidur, ibu-ibu pun tidak lena tidur dek kerana risau nak lepaskan anak pergi lawatan tanpa pengawasan ibu ayah. Anak-anak pula teruja dan tak sabar-sabar hendak pergi lawatan bersama kawan-kawan dan juga cikgu kesayangan masing-masing. 

Alhamdulillah, pada 17 Mei 2024 yang lepas kami telah membawa seramai 230 orang murid 6 tahun ke Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay, Batu Layar. Selepas perah otak menjawab soalan ujian kita pergi santai-santai pula dan rehatkan minda melihat haiwan dan berkelah tepi pantai sambil menghirup udara segar.

Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI

MORE

Image News
Image News

Image Banner

Location


Enquiry